Saturday 30 July 2011

Ramadhan yang bahagia..

Bila orang cakap pasal bulan puasa, aku mesti ingat pasal.. ehem2.. hehe..
Tahun ni aku nak puasa penuh.. Kalau x penuh pun x pe la..

Aku nak mintak maaf kat mama sebab x pernah tolong masak masa bulan puasa..
Balik sekolah terus tidur.. Sahur pun x tolong.. Sorry eh mama? Tahu makan je aku ni.. :P

Puasa yang kedua, kawan aku kasi pinjam phone dia.. Terima kasih Farzana..
Sabar ye yang kat sana tu? haha..

Yang best masa bulan puasa ni, aku boleh main mercun lepas berbuka.. haha..
Bila aku sibuk main mercun, mama pulak kat dapur buat biskut..
Bila dah siap buat, aku la orang pertama yang curi biskut mama..

Kesian kat mama.. Balik kerja terus masak, Lepas tu kena buat biskut lagi.. Nak kena bangun pukul 3 pagi untuk masak.. Kalau nadia boleh bangun pagi, nadia tolong la mama eh? :)

Baju raya aku tahun ni warna biru.. Aku nak warna ungu, tapi kakak dah beli warna biru..
Memilih betul aku ni.. Terima kasih sebab belikan baju kurung..

Sepanjang bulan puasa ni, aku nak jaga percakapan aku, perlakuan aku kasi elok sikit..
Mencarut pun x nak.. Banyak betul aku mengarut.. :P





~Nadia
Terima kasih :)

Friday 29 July 2011

Ramadhan Yang Bermakna

Sememangnya bulan inilah yang bermakna di dalam hidup aku. Aku dihadiahkan Nadia oleh Allah yang Maha Esa, dan pada masa yang sama aku telah menjumpai diri aku yang sudah 14 tahun aku cari.

Perbanyakkanlah amalan dan kurangkan lah dosa dan maksiat. Kalau tak nak buat setiap bulan pun, buat la untuk bulan ni. Jangan dicemari bulan yang mulia lagi suci dengan benda yang tak berfaedah. Ramadhan datang menziarahi cuma setahun sekali. Muliakanlah 'tetamu' umat islam ini sebaik yang boleh. Siapa tahu ini kali terakhir Ramadhan ziarah?

Teringat Ramadhan, teringat jugak kenangan kecik-kecik dulu. Bapak ajak pegi terawih, tapi aku beli mercun men kat luar masjid. Pengaruh kawan la sebabnya. Sampaikan cakap ayah pun dah tak nak dengar. Maaf ye abah. :P

Tahun lepas dapat puasa penuh, jadi aku nak usaha supaya dapat puasa penuh jugak tahun ni. InsyaAllah kalau tak ade masalah apa-apa contohnya penyakit. Sebab nak buat puasa penuh setiap ramadhan berturut-turut sampai akhir hayat. Tu pun kalau badan masih kuat bila dah tua nanti

Tak lama lagi keluar la promosi sales kat tv. Ada jugak orang yang boleh buat duit walaupun dibulan puasa. Penjual makanan dah tak leh jual pagi-pagi, tapi petang mesti laku sampai habis. Mak bapak dah tak keruan fikir duit nak beli barang-barang nanti. Tambah-tambah lagi kalau si suami ada isteri yang tak penah nak cukup. Tahun lepas tukar perabot, meja, kerusi, dan segalanya. Tahun ni nak tukar lagi. Beribu duit nak keluar.

Biasanye orang ingat puasa bila bulan Ramadhan datang je, kat bulan-bulan lain tak ingat puasa pun. Apatah lagi nak puasa sunnah. Kalau Ramadhan tu orang, mesti dia sedih sebab bila dia pergi, orang dah tak ingat kat dia.

Kecik-kecik dulu selalu abah ajar puasa dengan ugutan. "Kalau tak puasa, jangan harap nak dapat duit raya". Setiap anak mesti penah alami benda macam ni. Walaupun masa tu masih tak faham apa maksud keikhlasan. Tapi tetap puasa jugak sebab nak sangat duit raya. Sekarang kalau tak nak kasi ape-ape pun tak kisah. Kalau nak kasi pun aku x nak dah.

Mungkin ada jugak pakcik-pakcik yang kedekut. Bila hari raya je tutup pintu, tingkap, langsir ngan pagar rumah. Siap letak notis depan pagar " Kami balik kampung seminggu ". Padahal dok dalam rumah je tengok tv sambil makan kuih.

Bercakap pasal tv, bila dekat-dekat raya je mesti sesak dengan filem, drama dan lagu raya. Sampaikan tak tau nak tengok mana satu dulu. Boleh dikatakan setiap siaran tv cuma tentang hari raya. Dari pagi mula dengan takbir raya, tengah hari ada lagu raya. Petang ada filem, malam ada drama.

Tentang kuih raya, ada jugak yang dah jemu nak makan. Tapi tak kisah, kuih yang sama pun lebih baik dari kuih-kuih yang baru sekarang ni. Di mana-mana tempat yang dipanggil 'gerai' atau 'kedai' mesti ada jual kuih raya. Sedap atau tak orang tetap beli sebab dah malas buat sendiri. Masa tadika sampai sekolah rendah dulu ada la tolong mak buat kuih raya. Kadang tu terpelanting jugak senduk-senduk sampai terabur tepung. Part paling best mase putar mentega guna machine dengan masa rase kuih(waktu malam). Tapi sekarang mak dah tak kuat macam dulu nak buat kuih. Kene beli je la kat kedai yang berlambak-lambak tu.

Masjid yang selalunya cuma dipenuhi waktu solat Jumaat, bila Ramadhan boleh penuh hari-hari. Kalau masjid ada perasaan, mesti dia happy ramai orang solat kat dalam dia. Tapi tak tahu la berapa ramai yang ikhlas solat tu. Masa kecik-kecik dulu, pegi masjid pun sebab nak nasik je. Solat satu pun malas buat. Dah penat main mercun, perut pun lapar. Tak de keje selain nasik nasik nasik. Makan lah kuat mne pun, badan tak besar-besar. Apa puncanye pun tak tau. Tapi tak pe la. Allah dah kasi, tak perlu susah-susah jaga badan. Tambah-tambah lagi nak diet, leceh betul.

Promosi diskaun Ramadhan, Penghapus dosa sebesar-besarnya. Tingkatkan ibadah wajib dan sunnah setinggi yang mampu. Lebih banyak anda buat ibadah, lebih untung pahala anda dapat. Apa tunggu lagi ? Silalah buat sekarang. Hanya di bulan Ramadhan sahaja ! Jangan terlepas !.

~Muammar.
Terima kasih :)

Friday 22 July 2011

Sebelum engkau halal bagiku.

Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku.

Di belahan bumi manapun kamu berada, bagiku kau bunga. Tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu.

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatimu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan keinginan diri, mesti hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Hanya untuk mendapatkan dirimu yang sangat suci.

Kerana kau hanya manusia dan hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada lelaki suci dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu. Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki didunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih. Seperti kisah seorang wanita suci dimasa lalu yang meminta ke-islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Namun, sebelum ia berakhir. Aku bermohon, aku lah 'lelaki' pilihan-Nya itu untuk dijadikan suamimu.

~Muammar
Terima kasih :)

Thursday 21 July 2011

Di dalam hati.

Cemburu..

Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah lelaki perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.

Lelaki juga apa kurangnya, walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah?

Aku juga kadang-kadang cemburu, dan pernah juga cemburu tanpa sebab. Mungkin terlebih sayang?
Rasanya tiada cara untuk kurangkan cemburu, kalau adapun cuma batasan pergaulan. Si lelaki tak boleh bergaul dengan perempuan lain dan si perempuan tak boleh bergaul dengan lelaki lain. Agak susah untuk dilakukan, namun. Apa lagi yang terbaik selain pasangan ?
Puasa bergaul tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan rasa cemburu di hati.

Memiliki dan dimiliki seseorang itu amatlah cantik, dan lebih cantik kalau miliki dengan perkahwinan. Walaupun masih kecil, tapi angan-angan untuk menikah tak salah kan ? :P

Cemburu buta sering dikaitkan dengan perempuan, namun apa kurangnya lelaki. Aku masih belum pernah cemburu buta buat masa sekarang. Siapa tahu dimasa depan? Dan aku juga belum menemukan cara untuk hilangkan rasa cemburu.

Kali terakhir aku cemburu, ialah hari ini. Dan aku tak tahu sebabnya. Namun, merindui si dia membuatku lupakan rasa cemburu tu dengan cepat. Walaupun lupa cuma sementara, tapi ia berkesan.

Seringkali aku cemburu, tapi masih mampu berdiam diri. Dan selalu juga ia terjadi. First love la katakan.
Tanpa cemburu, takkan lengkap satu hubungan. Biasa lah benda-benda macam tu.

Cemburu juga boleh menaikkan risiko pergaduhan. Dan mungkin lebih bahaya sampai putus hubungan. Biasanya dalam situasi ni mesti ada orang ketiga yang sengaja menyebabkan pergaduhan terjadi.

Aku bahagia bertemu dengan si dia. Ilmunya, akhlaknya sangat aku kagumi. Namun setiap orang punyai kelemahan.Tapi boleh diperbaiki satu per satu. Lambat atau cepat biarlah Allah tentukan. Tapi, di saat aku terlalu menyayanginya. Allah menguji keimanan ku dengan dugaan cemburu dan perpisahan yang sementara. Moga-moga aku boleh faham apa hikmahnya disebalik dugaan ini.

Aku agak seorang yang kurang bersosial, dan itu mungkin mengurangkan cemburu si dia, tapi bagaimana dengan aku ? Soalan demi soalan timbul dalam kepala dan tak mampu dijawab.

Walaupun dihati hati ini sedih dan cemburu, tetapi aku cuba lupakan demi cintaku padanya.

~Muammar
Terima kasih :)

Wednesday 20 July 2011

Hope

There was a time when tears come at night..
Think back what we have been through..
Makes me proud to be your girlfriend..

Praying day by day for good health and happiness..
You will always be in my heart..

Remember that I will always stand by your side..
No matter what happens, so don't be afraid..
When you fall down, get up once again with me behind you..

So many precious memories before,
Playing scene by scene..
Our eyes witnessing all that we have done,
Always walk behind us step by step..

With each passing day,
I always cheer you up,..

I know that there may be a time..
That you have felt lost and didn't know what to do..
You can just lean on me..

I will give you hope and strength to carry on in this world..

~Nadia

Terima kasih :)

Monday 18 July 2011

Kenangan

Seperti yang diingati oleh akal dengan kenangan-kenangan yang lalu, sama ada baik ataupun buruk, putih atau hitam, pahit atau manis. Ada yang kita ingin lupakan, dan ada juga yang mahu diingati hingga keakhir hayat. Kenangan yang baik sangat indah diingati dan adakalanya kita tersenyum dengan sendiri tanpa disedari. Dan ada juga manusia yang mengingati kenangan yang buruk dengan perasaan benci, sedih dan dendam.

Anggaplah kenangan itu cuma tulisan di buku yang sudah lama. Walaupun lama dan sudah berhabuk, buku tersebut masih boleh dibaca selagi tulisannya masih elok. Kenangan yang baik ataupun buruk, sama-sama susah untuk dipadam. Mungkin ada terjadi sesuatu atau benda yang boleh dianggap kenangan, sama ada diberi oleh seseorang ataupun didapati oleh diri sendiri.

Dan tidak kurang juga kenangan percintaan, sama ada cinta monyet, cinta dewasa, cinta hingga akhir hayat atau cinta yang runtuh ditengah jalan. Setiap yang dialami dengan pertama kali(first time), pastinya melekat dihati dan tak mampu lagi dilupakan.

Contohnya cinta pandang pertama, mungkin ada yang belum tahu apa maknanya. Cinta pertama yang dimiliki pasti akan dihargai dengan sepenuh hati walaupun hubungan itu cuma sederhana. Tapi itulah keindahan yang diberi oleh Allah s.w.t.

Dan seperti yang orang tahu, aku juga mempunyai kenangan dan cinta pandang pertama. Dan dialah orangnya. Sifat menghargai sudah semestinya ada didalam hati. Sama ada baik atau buruk perangainya, sifatnya, percakapannya, akhlaknya. Itulah pasanganku, harus ku terima seadanya.



Harapanku cuma memiliki si dia selama yang termampu. Tanpa  gangguan orang lain, lebih-lebih lagi ibu bapa. Biarlah ia menjadi seperti yang ku dan dia inginkan, dan kalau cinta ini mati, biarlah ia berlalu seperti yang diinginkan.

Dan mungkin, tiada lagi pasanganku kalau hubungan ini mati ditengah jalan. Aku tidak mencari jodoh, tapi aku juga tidak menunggu jodoh. Dan mungkin juga aku tidak menginginkan jodoh..........lagi.

~Muammar

Terima kasih :)

Monday 11 July 2011

Kasih dan sayang.

Makluk, saling memerlukan satu sama lain. Antaranya ialah manusia. Jodoh, walaupun telah ditetapkan. Namun ada kalanya ia berubah. Mungkin perhubungan ini akan berakhir, tetapi itu belum pasti. Selagi ada masa, hubungan ini masih mampu diselamatkan. Dengan kasih.


Walaupun ada kalanya hubungan itu tidak menjadi seperti yang diimpikan, tetapi apa salahnya kalau kita teruskan. Penilaian kita terhadap kekasih, berbeza dari insan ke insan. Ada lelaki yang menggangap perempuan itu mainan, dan ada juga perempuan yang menggangap lelaki itu mesin duit. Tapi itu tak wujud dalam perhubungan kami. Kerana hubungan yang hidup, disertakan dengan sayang.

Jagalah pasangan anda, sebelum orang lain tolong jagakan.

~Muammar

Terima kasih :)

Sunday 10 July 2011

Kisah kami.. :)

Di sekitar tahun 2009, pertemuan yang tak disangka-sangka terjadi di forum Jin Online. Iaitu sebuah game bergenre RPG(Role Playing Game). Kami ditemukan dengan pergaduhan tentang masalah remeh. Lebih kurang seminggu bergaduh di ym, perasaan sudah wujud di dalam hati kami berdua, tetapi masing-masing menyimpan perasaan sendiri. Tidak perlu diceritakan bagaimana terjadinya hubungan kami. :)

Hampir 4 bulan couple, mungkin jodoh ingin berhenti dan kami harus berpisah atas sebab tertentu.

Dan di bulan September 2010, kami berjumpa kembali dan couple pada 8.9.10. Iaitu 2 hari sebelum ulangtahun si dia. Namun hubungan itu cuma berlansung untuk 2 bulan saja, kerna dihalang oleh orang tua. Mungkin dengan kehendak Allah, jodoh kembali bersambung. Masih lagi bahagia sehingga sekarang. Harap2 hubungan kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

~Nadia.

Terima kasih :)

Pengenalan 2 Insan Biasa Ini.

Nama : Ahmad Muammar bin Yusof
Umur : 15 tahun
Tarikh lahir : 10 September 1996
Asal : Kuala Nerang, Kedah

Nama : Noor Nadia Yasmin binti Azis
Umur : 14 tahun
Tarikh lahir : 25 September 1997
Asal : Shah Alam, Selangor

~Nadia
Terima kasih :)