Wednesday 31 August 2011

Bersama selagi mampu.

Datuk membeli ayam belanda,
untuk dimakan bersama lemang,
Dulu seorang kini berdua,
hidup bersama susah senang.

Hakikatnya aku pernah merasa ditinggalkan, beberapa kali. Tapi sakitnya ditinggalkan tak terbanding dengan nikmatnya bersama. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang makhluknya memerlukan.

Di waktu susah, berkemungkinan ada yang lemah semangat dan cepat putus asa, lalu meninggalkan orang yang menyayanginya. Bersabarlah wahai hati, ajak temanmu bersama-sama mengharungi dugaan yang menimpa.

Tiada benda yang lebih kuat dan mampu melawan dugaan yang berat selain ikatan perhubungan, lebih kuat lagi kalau ikatan perhubungan itu ialah kahwin.

Setiap yang susah(bala/dugaan/dll) akan dicapai nikmat(kesenangan/bahagia/dll). Bergantung kepada kesabaran seseorang itu. Jangan mudah berputus asa, sesungguhnya Allah tak suka dengan orang yang berputus asa. Percayalah pada janji Allah yang takkan pernah memungkiri janjiNya, setiap kelakuan baik ada ganjarannya, setiap kelakuan tak baik ada balasannya.

Walaupun kita makin kuat saban hari, syaitan semakin bersemangat untuk mengganggu kita. Membuat kita percaya dengan helah tipu dan janji palsunya, supaya berpaling dari Allah. Walaupun bernama syaitan, dia tetap takut untuk melawan tuhannya sendiri, jadi dia gunakan manusia supaya melawan Allah. (Syaitan lebih sedar siapa dirinya berbanding manusia).

Beringatlah kamu, sebagaimana syaitan akan dihumbankan kedalam neraka yang apinya hitam. Bersama-sama dengan pengikutnya, nescaya berdoalah kamu supaya kamu tidak tergolong dalam orang-orang yang dihumbakan ke dalam neraka bersama dengan syaitan yang dilaknati.

Segala bisikkan syaitan, tak dapat didengari oleh telinga, dilihat oleh mata dan disentuh dengan tangan. Cuma akal yang dapat merasakannya, disaat apabila kita memikirkan perkara yang tak baik(negative tentang sesuatu) itulah tanda-tanda hasutan syaitan. Berusahalah melawan sifat negative tu dan insyaAllah anda semakin kuat.

Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah, cuma manusia yang lemah saja akan ikut hasutan itu.

Aku dan Dia, berusaha untuk melawan sekuat yang mampu, supaya kami tidak tergolong dalam golongan yang 'kalah' dan 'rugi'.

Disaat gembira, beringatlah disaat kamu sedih sebelum ni. Disaat sedih, beringatlah disaat kamu gembira sebelum ni.

Waktu gembira, jangan terlalu gembira, siapa tahu sedih akan menimpa bila-bila masa saja? Waktu sedih, janganlah terlalu sedih, siapa tahu gembira akan datang bila-bila masa saja?

Kekalkan 'waktu', kekalkan peranan, kekalkan sifat(yang baik), kekalkan jiwa, kekalkan iman, kekalkan perhubungan, kekalkan ingatan pada Allah.

~Muammar.
Terima kasih :)

Friday 26 August 2011

Kesalahanku

Aku sedar atas kesalahanku.. Kesalahan yang sangat teruk sehingga menyebabkanmu hampir membunuh diri..

Aku mendustaimu dengan janji-janji palsu.. Sudah berapa kali aku memungkari janjiku.. Terasa diri sungguh bodoh.. Aku tidak meminta lagi satu peluang, malah diri ini tidak layak untuk menerima sebarang peluang.. Aku cuma mahu meminta maaf darimu..

Walaupun aku sia-siakan kepercayaanmu, kau masih bertimbang rasa dan memberi satu lagi peluang.. Sungguh aku amat berterima kasih padamu..

Kau berkata,'semua orang layak diberi peluang terakhir'.. Aku masih rasa yang aku tidak layak untuk diberi peluang terakhir.. Masih lagi rasa bersalah..

Ok, kita akan mulakan kisah baru.. Lupakan segala kisah lama yang telah berlaku.. Walaupun sukar, aku tahu yang kita mampu lakukannya..

New chapter, let's forget our bad memories okay? Smile please ? :)

~Nadia.


Terima kasih :)

Aidilfitri

Selamat menyambut hari raya kepada semua yang beragama Islam, semoga dengan raya ini dapat kita mengingati saudara Islam yang lain. Dimana jua mereka berada.

Tahun ni raya tak semeriah tahun lepas. Sunyi sepi. Tak sempurna raya tanpa kegembiraan. Pilu rasanya hati, dalam sebulan Ramadhan, berbagai dugaan berat menimpa. Tapi alhamdulillah dengan kesabaran, dugaan tersebut dapat diatasi dengan baik tanpa ada terluka mana-mana pihak.

Walaupun jauh, hati rasa dekat. Dekat sangat-sangat. Kesedihan yang melampau, kerinduan yang tinggi. Tapi nak buat cam mane lagi, sabar je la banyak-banyak.

Noor, abang rindu Noor. :`|

~Muammar.
Terima kasih :)

Sunday 21 August 2011

Keinginanku

Nafsu, atau bahasa lazimnya ialah keinginan. Setiap manusia mempunyai nafsu yang sama, cuma bezanya sama ada nafsu tunduk pada diri, atau diri tunduk pada nafsu.

Alang-alang bulan Ramadhan, ingin sebentar aku hentikan nafsu yang dah bertahun-tahun aku ikut. Kalau boleh biarlah untuk 1 bulan ni nafsu ikut aku.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita, tapi aku nak cerita tentang nafsu pada orang lain. Aku pun tak tau kenapa sifat aku pelik-pelik belaka. Aku terlalu bernafsu bila tengok perempuan solehah. Erm, yang dimaksudkan dengan 'bernafsu' tu ialah keinginan untuk memiliki, jangan fikir bukan-bukan. Tapi zaman sekarang memang susah nak dapat dah. Kalau ade pun yang dah dapat hidayah lepas buat kesalahan, kalau nak yang solehah sejak azali memang tak jumpa dah.

Tapi aku beruntung lah, dan aku tahu semua orang tahu kenapa aku 'beruntung' tu. :) Pantang tengok dia mesti rasa nak kahwin cepat-cepat. Susah betul nak melawan nafsu sendiri, kadang-kadang rasa macam nak kalah dah.

Berkemungkinan dalam tahun 2070 dah tak de kot perempuan yang solehah. Maklum la, remaja sekarang pun dah macam rosak, dah jadi mak bapak nanti tah ape diorang nk ajar kat anak-anak. Ajar benda yang sama cm diorang jgk la kot ..

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, laci disimpan dalam almari kemudian almari itu dikunci. Almari tu disimpan dalam bilik, kemudian bilik pun dikunci. Bilik tersebut ada dalam rumah, kemudian rumah pun dikunci. Dan dirumah itu ada pagar, pagar juga dikunci. Kemudian diteruskan kunci, kunci dan kunci

Pemilik kunci tersebut adalah suaminya yang sah sahaja.

~Muammar.

Terima kasih :)

Saturday 20 August 2011

Perkahwinan

"Aku terima nikahnya Noor Nadia Yasmin binti Azis dengan mas kahwin sebanyak ____ tunai".

Itulah kata-kata yang aku practicekan dari sekarang sehingga masa yang harus aku lafazkan. Lelaki mana yang tak gementar, harap-harap tak terkencing la waktu lafaz tu.

Well, aku nak menikah bukan sebab malam pertama okay? Cuma aku nak rasa kebahagiaan dan kesusahan dalam perkahwinan macam mana. Yang haram dah jadi halal. Keliling tubuh penuh dengan tanggungjawab, keluar seharian mencari nafkah(bukan cari calon bini kedua okay). Hari-hari penuh dengan beban, InsyaAllah kurang sket beban kalau ada isteri solehah.

Lepas setahun dua, perut bini dah mula membesar. Tandanya rahmat nak turun, rezeki nak melimpah, rumahtangga nak riuh rendah. Bahagianya tak terkata, lagi-lagi mama dan abah. Nak menimang cucu la katakan. Tapi kalau tak ada rezeki nak buat macam mana lagi..

Masa yang ditunggu-tunggu oleh seorang ayah apabila anaknya mula memanggil dirinya dengan panggilan abah/ayah/bapak dan sebagainya. Begitu juga dengan aku.

Di usia kecil, waktu yang sesuai mendidik anak. Kenal siapa itu Allah, siapa itu Rasul, siapa itu malaikat dan syaitan. Apa itu Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Tapi ramai ibu bapa yang 'skip' ajaran ni, akibatnya anak cepat sesat dari kehidupan sebenar.

Masa yang ditunggu-tunggu lambat lagi nak sampai, berpuluh tahun lagi mungkin? Sabarkan je la hati ni walaupun dah teringin sangat nak menikah. Orang tua-tua kata 'gatal'. Hehe, tapi sekurang-kurangnya aku jujur. :)

Jangan tanya kenapa aku 'confident' sangat yang aku akan kahwin dengan Nadia, ini gerak hati dan naluri aku. Dan aku tak rasa naluri aku salah. Berkahwin itu separuh dari agama, kalau mampu cepat-cepat la kahwin.

~Muammar.
Terima kasih :)

Thursday 18 August 2011

Rumahtangga bergolak.

"Kecurangan mengundang perpisahan"

Namun "Jika ada kejujuran, ku balas kesetiaan".

Aku tak tahu sejauh mana kesabaran aku mampu diteruskan, tapi aku tak boleh mengalah dengan mudah. Aku harap aku dapat tahu apa hikmah kejadian ni secepat mungkin.

Aku dah terlanjur menyayanginya, aku tak mampu berhenti lagi sehingga ajalku tiba.

Apa sebenarnya petanda disebalik takdir ini? Adakah ini cuma dugaan rumahtangga yang berat atau petanda dia bukan jodohku?

Bertahun-tahun aku berusaha untuk menjadikan si dia solehah, tanpa rasa jemu dan marah. Tapi dirosakkan oleh lelaki lain dalam masa tak sampai sebulan. Bersyukurlah aku mampu membuang sifat dendam dan ingin bunuh dalam hati ini. What if you're in my situation? What will you do?

Persoalan satu demi satu yang tak mampu dijawab oleh aku sendiri.

I'm a man, and I can't cry easily. But it's really hard to hold this tears.

~Muammar.

PS : I need a shoulder. :'|
Terima kasih :)

Sunday 14 August 2011

Mengubah Seseorang

Bunyi macam senang, tapi susahnya tak terkira untuk mengubah seseorang. Bukan mengubah dia menjadi orang lain, tapi mengubah untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Tapi segalanya tidak mustahil dengan 'sayang'.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan berkat ilmu yang aku ada, aku berjaya mengubah Nadia menjadi solehah seperti yang aku inginkan walaupun perubahan tu belum lagi sepenuhnya. Aku mengubah Nadia bukanlah untuk diri aku, tapi supaya dia terselamat dari siksaan neraka yang azabnya memedihkan. Api didunia pun tak mampu ditahan, apatah lagi api hitam gelap pekat dineraka.

Walaupun aku tak pasti samaada aku dan Nadia boleh masuk syurga bersama-sama, sekurang-kurangnya aku pernah berjalan menuju syurga dengan seorang 'malaikat'Nya. Harap-harap perjalanan ini dimudahkan, tanpa halangan dan beban yang berat. Biar susah didunia, senang diakhirat. Tanpa kerugian.

"Sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". Perhiasan menggambarkan sesuatu yang cantik, tetapi perhiasan dengan cara 'solehah' tak memerlukan kecantikan rupa, cukup dengan agama dan cara peliharaan diri. Walaupun ramai lelaki berpendapat perempuan itu cantik dari rupa, tubuh, trend pakaian dan ke-seksi-an-nya, tetapi aku menganggap semua itu dosa, bukan kecantikan.

Diterangkan oleh pakar matematik Islam, Al-Khawarizmi..

"Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’
."

Aku korban semua masa diwaktu aku muda sekarang, hanyalah untuk generasi depan(zuriat/anak-anakku). Supaya mereka berilmu seperti ayah, solehah seperti ibunya. Dan mungkin aku akan menggunakan 'sayang' sekali lagi sebagai senjata untuk mengubah anakku yang degil untuk menjadi seperti yang aku inginkan. Aku akan tua, dan bila cukup masa, ajalku akan datang. Tanggungjawab besar, harus aku serahkan pada anakku, menegakkan islam dan berjihad dijalan islam. Supaya mereka tak 'kalah' diakhirat kelak.

~Muammar.
Terima kasih :)

Saturday 13 August 2011

Perasaan.

"Alah, ko ngan Muammar tu x lme la.. X lme lg clash la tu."

Aku dah bosan dengar orang cakap macam ni.. Mujurla aku ni penyabar, kalau x memang dah kena maki.. Percintaan aku bukan cinta monyet.. Cinta monyet tu untuk orang x matang je..

Kami bercinta seperti dewasa.. Chewah, tapi memang betul pun.. X seperti pasangan remaja yang lain.. Kebanyakannya bercinta hanya untuk memuaskan nafsu.. Dan ada sesetengah lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan.. "Tukar pmpuan mcm tukar baju".. Aku pantang betul orang macam ni..

Walau kasar macam mana pun seseorang perempuan itu, dia masih mempunyai hati dan perasaan.. Harga diri seorang perempuan tidaklah murah sehingga seorang lelaki boleh memainkan perasaannya..

Ingatlah, jangan sesekali memainkan perasaan perempuan mahupun lelaki..


~Nadia


Terima kasih :)

Thursday 11 August 2011

Gaduh

Hubungan mane yang tak de gaduh kan ? Ni dialog masa Nadia kejutkan aku pagi kelmarin.

Nadia : Tido lagi ke? Bangun sayang.

Muammar : Kau ni pahal? Orang nak tido kau kacau buat apa? Pukul kang.

Nadia : Asal ngan kau ni? Aku cume tanye je, meh la pukul, kau ingat aku takut sgt ke?

Muammar : Kau tu memang layak buat bahan pukul je.

Nadia : Wah, mulut tak reti jaga ke? Aku bukan pmpuan lembik yang kau boleh buat bahan pukul.

Muammar : Kau memang lembik pn, sket-sket nangis.

Nadia : Biar la aku nak nangis, aku tak kacau hidup kau pn. Asal? Kau kne kluar duit ke klau aku nangis?

Muammar : Hehe, dah la sayang, tak nak gaduh-gaduh.

Nadia : Sape sayang kau ?

Muammar : Ni marah main-main ke marah betul?

Nadia : Hehe, terkene pn..

Dan ni dialog lepas sahur pagi tadi.

Muammar : Kau ni knape hah ? Makan pn berjam, lembab.

Nadia : Aku makan lambat, tak gelojoh macam kau.

Muammar : Asalkan kenyang, peduli ape gelojoh ke tak.

Nadia : Mati tercekik baru tau.

Muammar : Biar la mati pn.

Nadia : Laki gile.

Untuk pengetahuan pembaca. Dialog gaduh diatas benar, tapi tak serius. Gaduh main-main la orang cakap. Selain dapat tambah sayang, boleh buat bahagia dan hiburan. Kalau gaduh betul-betul mau kena baling pinggan jugak aku.

Segala dialog diatas hanya gurauan semata-mata walaupun ianya benar, tiada kaitan dengan yang sudah hidup, mati, pengsan, koma dan sebagainya.

Rumah tangga mane yang tak de gaduh-gaduh. Gaduh ni baik sebenarnya, cuma kesabaran individu tu kurang yang boleh menyebabkan bercerai.

Rumah tangga ibarat satu benang, kalau seorang tarik, seorang lagi kendurkan. Kalau dua-dua tarik, maka putuslah benang tersebut.

Jangan gaduh sampai bunuh sudah la. Cuba kawal perasaan. :)

~Muammar.
Terima kasih :)

Sunday 7 August 2011

'Taste' aku.

Setiap orang ada ciri-ciri yang diingini pada si pasangan. Bohong la kalau cakap tak de. Ada yang taste jenis simple, ada jugak yang cerewet sampai sume bende nak sempurna. Sudahnya sampai ke tua tak khawin-khawin.

Tapi aku tak de la cerewet mane pun. Tak cantik tak pe, asalkan sedap mata memandang, hati pun tenang. Ada jugak orang yang taste die nak cari yang nakal, ada yang nak cari solehah. Nakal tu kat mane pn ade, berlambak lak tu. Tapi yang solehah ni boleh dikatakan 1 dalam dunia. Susahnya nak cari tak mampu nak bayangkan. Tapi kalau dapat, Alhamdulillah.

Macam yang orang kata, "Kalau nak cari yang solehah, usahakan diri menjadi soleh dulu". Tapi nak jadi soleh pun bukannya senang, yang penting ikhlas.

Bercakap mengenai taste, kadang-kadang kalau kena taste macam kehendak diri pun belum tentu serasi. Maksud serasi bukanlah setiap perkara sama je suka dengan tak suka. Si L suka sukan, si L pun suka jugak. Si P suka bunga, si L pun suka jugak.

Contoh serasi yang betul. Si P kuat merajuk, si L pandai pujuk. Kalau si L panas baran, si P dapat sejukkan. Baru bahagia rumahtangga. Tapi biasanya kesabaran tu kurang. Tu yang terjadinya 'sebelum kawin lain, lepas kawin lain'.

Perempuan biasanya bila dah sayang kat lelaki, apa dimintak mesti kasi sekarang tu jugak. Akibatnya, lelaki tak ada usaha nak dapatkan benda tu pun dan akhirnya bosan dengan cepat. Cuba la pujuk rayu lelaki minta sesuatu macam budak kecik tu ditolak atau buat acuh tak acuh. Dengan cara ni boleh tau sama ada lelaki tu hipokrit atau tak, kalau lelaki tersebut boleh sabar selama manapun, teruskan. Kalau tak leh sabar, cari lain je la.

Jauh dah melalut nih, tengah tunggu berbuka puasa. Sambil-sambil tu tulis la kejap buat exercise tangan. Ada masa nanti tulis lagi. Panjang-panjang pun orang tak larat baca.

~Muammar

PS : Bukan isteri cantik kuingini, bukan juga yang kaya, apatah lagi yang seksi. Cukuplah sekadar yang mampu menenangkan aku bila aku marah, yang mampu gembirakan aku bila aku sedih, yang mampu membetulkan aku bila aku salah, yang mampu menyabarkan aku bila aku susah, yang mampu buat aku mengingati Allah dan tersenyum apabila melihat si dia..
Terima kasih :)