Monday 8 October 2012

Sejarah kembali berulang..

Sudahku duga kesakitan lama akan kembali ditusuk sehingga parah. Namun aku cuma manusia, seberat manapun cintaku dikhianati, sebanyak mana pun aku ditipu, akan ku terima. Siapa aku untuk menidaknya?

3 tahun bersama. 2 kali dicurang. Ntah apa salah aku sehingga diperlakukan sebegini. Aku cuba menjadi seperti yang diimpikannya. Aku sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik untuk dirinya. Tapi mengapa dirimu berbeza? Mengapa tidak kau mahu berbuat perkara yang sama denganku? Apakah hilang cintamu pada kebaikan? Apakah matamu sudah buta melihat akan kebaikan? Apakah hatimu sudah jatuh cinta pada keburukan dan perkara-perkara yang terlarang?

Susahkah untuk setia? Apa janji-janji yang pernah dilafazkan dulu sudah dilupakan? Kalau tidak yakin itu semua boleh ditepati, kenapa berjanji? Seronokkah memungkiri janji itu dan sakiti hati yang sedia sudah sakit ini?

Tertanya-tanya akan jawapan, dimanakah ketenangan yang ku cari. Aku fikir, ianya ada padamu. Tapi setiap kali aku hampir menemukan jawapannya, pasti aku engkau sakiti. Berulang-ulang kali.

Sanggupnya kau tipu terhadap diriku, tanpa rasa bersalah kau simpan rahsia-rahsiamu. Memperlakukan aku seperti orang yang bodoh dan tak faham akan dunia ini. Berbulan-bulan aku percaya walaupun aku tahu semua penipuan dan lakonan kau.

Dimana insan yang ku jatuh cinta dulu? Kenapa insan yang sekarang ini sudah bertukar menjadi munafik? Dimana insan kecil, yang tak berdaya, penuh dengan kesedihan dan kesepian yang pernah ku ambil dulu untuk dijadikan isteriku? Apa engkau sudah lupa akan segala pengorbananku? Atau lansung tidak pernah kau sedari?

Hakikatnya, aku seorang yang riang dan ceria dulu bertukar menjadi pendiam, murung dan penuh dengan kesakitan, disebabkan kau yang tak menghargai diriku. Sebesar manapun salahmu akan ku maafkan, tapi secara realitinya, akan ku ingat hingga aku mati.

Aku tidak mahu berdendam, kerna jika aku berdendam walaupun sedikitpun, engkau tak akan pernah bahagia seumur hidupmu walaupun engkau kahwin dengan orang yang kau impikan selama ini. Aku tak mahu berdendam, kerna aku ingin melihat engkau bahagia. Aku ingin melihat engkau berkahwin sebelum aku mati, dan kalau aku diberi pilihan, aku ingin menjadi orang yang disebelahmu ketika kau berkahwin.

Jangan disalah sangka, aku tidak meminta simpati darimu. Kerna aku tahu engkau pasti tidak akan kasihan pada diri ini. Engkau sudah berubah, aku pun sudah tak lagi kenal siapa dirimu. Jika engkau berbahagia hari ini, moga dikekalkan untuk hari esok dan seterusnya. Dan jika engkau berduka hari ini, moga dihentikan duka itu sebelum hari esok menjelma.

 Dihari ulangtahun kita, engkau block aku. Dan bila aku tanya mengapa, kau kata itu cuma lakonan kepada mama kau. Sedangkan itu sebenarnya lakonan terhadap aku, penipuan terhadap aku. Lansung tidak kau rasa menyesal dan bersalah menipuku dihari ulangtahun. Betul-betul didepan aku kau berani menipu. Bahkan kau tak ucap pun "Selamat ulangtahun" terhadap aku. Kau anggap itu perkara biasa. Tipu dan rahsia itu kau anggap mainan, yang kau boleh buat sesuka hati kau. Kau tak pernah anggap tipu itu dikira dosa walaupun yang kecil.

Setiap janji-janji yang kau mungkiri, pasti akan disebut dan ditanya oleh Allah pada kau, dihadapan semua manusia yang pernah wujud di padang mahsyar nanti. Sekiranya wujud sebuah kamus dosa kau terhadap aku, aku tahu kau takkan mampu mengangkat kamus itu dek kerana dosa kau yang tak henti-henti dilakukan.

Kekalkanlah diri kau wujud didalam kehidupan yang hina. Kekallah diri kau dalam janji palsu, yang mana akan terkena pada diri kau suatu hari nanti. Jangan ditanya mengapa, kerna Allah membalas dosa-dosa seseorang itu, selepas dia telah lupa akan kesalahannya. Jangan diharap bahagia akan menyentuh hatimu, jangan diharap senyum akan muncul dibibirmu, selagi kau masih wujud dalam dunia yang palsu dan penuh rahsia.

Janganlah jadi seperti diri ini, yang mudah ditipu dan dipermainkan. Aku tidak layak untuk menghukum seseorang, ku serahkan segalanya pada Allah. Moga hukum karma akan menyedarkan dirimu. Apa yang kau lakukan pada orang hari ini, pasti akan terjadi terhadap dirimu pada esoknya.

Bermadah mengalahkan pujangga, bagai sinar ditepi pantai. Cantik, tapi merbahaya. Air yang nampak surut dan damai, mampu menarik kakiku dan menghanyutkan aku ditengah lautan sehingga aku tenggelam dalam lautan yang tidak berpenghujung.

Akanku kenang memori kita bersama, akan ku cari dimana hikmahnya atas apa yang terjadi ini. Akan ku cari jawapan, untuk setiap soalan yang hatiku menyoal. Walaupun ku tahu, engkau tidak suka menjawapnya.

Sukar untuk ku teruskan perjalanan, tapi aku juga tak mampu untuk terus berpijak disini. Ingin rasanya aku berhenti berjalan. Menamatkan riwayat dan ceritaku. Tapi aku masih tetap bergantung pada harapan, mengharapkan engkau akan berubah kembali. Yang sentiasa menyukai kebaikan. Yang sentiasa berpegang pada agamanya, bukan gadis yang sedikit demi sedikit menjadi liar.

Maaf ku pohonkan andai terkasar bahasa. Namun ianya realiti. Semakin aku cuba berlembut denganmu, semakin engkau mengambil kesempatan keatas aku. Sehingga aku sudah tidak berdaya lagi untuk berkata "Tidak" pada perkara yang engkau lakukan terhadap aku.

Moga-moga Allah memberi hidayah dan penyedaran untukmu, menyedarkan kau bahawa engkau sudah rugi.
Aku ingin kau tahu yang aku tidak pernah membenci dirimu, walaupun apa yang kau lakukan terhadapku tersangatlah kejam dan melampaui batas.

Terasa panas akan bahang api yang membakar didalam dada ini, setiap nafas yang ku hembus terasa seperti gunung berapi yang sedia meledak. Membakar setiap benda yang menyentuhnya.

Namun aku tahu, engkau tak akan pernah berhenti menyakitiku. Mungkin itu ialah hiburan, yang kau anggap akan menjadi kegembiraan untuk selamanya. Tiba masanya, engkau akan jatuh rebah, sedari tiada orang disekeliling untuk membantu kau, dan menangis lah engkau dalam keadaan yang rugi.

Jangan kau fikir insan yang kau sayangi sekarang ini akan bersamamu sehingga engkau tua. Sejurus selepas engkau dihancurkan, lenyaplah dia dari pandangan, hilang bagai debu ditiup angin. Dan tinggallah engkau seorang diri, dan jangan difikir tanganku ini mampu menarik dirimu untuk bangun. Kerna tangan aku sendiri sudah luka, tak mampu digerakkan lagi. Luka akibat bibirmu yang selalu menghiris-hiris tangan ini dengan senang hati. 

Tidak serik engkau mengulang kesilapan yang sama, walaupun berpuluh peluang yang ku beri, kau akan tetap mensia-siakannya. Engkau lansung tidak berminat untuk belajar dari kesilapan, yang cuma kau suka, ialah ulang lagi kesilapan itu.

Berhentilah berfikir apa yang aku lakukan dibelakang kau buat untuk seketika, buka minda, pandang kemasa lalu, dan lihatlah apa yang engkau lakukan dibelakang ku. Penuh dengan penipuan yang tak terkira, dan kadangkala menyebabkan aku fikir kejujuran tidak lagi wujud dibibirmu. Cuma janji manis dan madah yang tak akan habis.

Batuklah aku, sambil merenung jauh, memikirkan segala yang terjadi, sungguh cepat dan mengejutkan. Teringat aku pada masa silam, dan juga masih memandang apa akan terjadi di masa depan. Samaada aku akan terus begini, atau memberanikan diri untuk menjejak langkah kehadapan.

Cukuplah akan penipuan itu, hatiku sudah lemah, tak mampu menerima walau satupun tipu lagi. Biarlah aku bergelinang airmata, kerna aku tahu ini takdirku, dan engkau juga takkan mahu memandang pada wajahku.

Aku tahu, wajah ini selalu dipandang hina, selalu dipandang sebagai beban. Tapi harus kau tahu, bukan ini yang ku pilih. Bukan sengaja aku membebankanmu, aku tak pernah menginginkannya. Aku cuma ingin berbuat kau bahagia. Melihat senyum tawamu cukup untukku merasakan yang aku ini betul-betul wujud, bukan cuma mayat hidup dan sentiasa disakiti dan dibenci orang.

Aku juga tahu, engkau pasti akan sakit membaca nukilan yang menyakitkan hati ini. Tapi ketahuilah, sedikit pun tidak terlintas dihatiku ini untuk membuat kau sakit sebagaimana kau lakukan terhadap aku, apatah lagi untuk berdendam. Niatku cuma untuk menyedarkanmu, membaiki dirimu menjadi lebih baik. Tapi aku risau, risau engkau sudah berhenti mencintai pada kebaikan. Tidak lagi mahu berubah, tidak lagi mahu menjadi orang yang mulia.

Ingatlah pada tuhanmu, janganlah kau lupa padaNya. Sesungguhnya setiap gerak geri tubuhmu, setiap niat yang muncul dihatimu, setiap fikiran yang wujud diakalmu. Dia akan mengetahuinya. Bahkan setiap perbuatanmu akan ditulis oleh malaikat yang berada dikiri dan kananmu. Bagai bayang-bayang yang sentiasa mengekori dibelakangmu. Sesaat pun bayang itu tidak terputus dari tubuhmu.

Pasti engkau fikir, yang ini cuma hanyalah perkara kecil. Namun jika ianya terjadi pada diri kau, kau takkan mampu hidup dengan tenang walaupun cuma untuk setengah hari. Kalau engkau tak nak berduka, janganlah engkau buat sesuatu yang kau tak suka orang buat pada kau terhadap orang lain.












Engkau rela, engkau suka, engkau biarkan, lelaki lain merosakkan dirimu, mencabul maruahmu. Sedangkan aku, yang ingin menjagamu, yang ingin melindungimu dari segala jenis bahaya. Tak pernah kau hiraukan. Malah kau abaikan aku.

Sebagaimana yang terjadi dimasa lalu, aku berkata "Setiap orang layak diberi peluang terakhir". Dan begitu jugalah pendirianku sekarang.

Aku tidak mempunyai teman, aku tahu engkau tahu mengapa. Dihari pertama kita bersama, aku menyerahkan hidupku pada engkau. Aku bergantung sepenuhnya pada engkau. Dan kini diriku engkau khianati, engkau sia-siakan, dan engkau tinggalkan aku sendiri tanpa arah tuju.

Aku kehilangan 100% selera makan, 3 hari tanpa memakan apa-apa, lansung takku rasa lapar. Aku juga tak mampu lagi untuk tidur seperti sebelum ini. Aku melalui 61 jam tanpa tidur walaupun seminit, dimana siangnya aku memikirkan tentang apa yang kau lakukan terhadapku, dan dimalamnya aku menjaga dirimu supaya engkau dapat tidur dengan nyenyak dan selesa.

Terasa hampir mati hatiku ini menanggung kesakitan, mengingati perkataan "Aku bukan hipokrit" yang pernah kau ukirkan dimasa dulu. Tapi hakikatnya sungguh berbeza sekarang.

Sesungguhnya aku masih ingin berlaku baik terhadapmu, walaupun yang tinggal cuma hanyalah sisa-sisa cinta dari hatiku, dan kepercayaan yang sudah rosak.

Kemana harus aku berlayar? Apa yang aku inginkan dalam hidup ini? Aku tak mampu ingat lagi bagaimana rasanya makanan, bagaimana sentuhan pada rumput, bagaimana bunyi air. Hatiku seolah-olah gelap secara tiba-tiba. Aku tak mampu melihat, cuma meraba sambil berjalan, dan kadangkala aku tersungkur, jatuh rebah. Lalu ku bangun sendiri untuk mencuba lagi, kerna ku tahu tiada siapa yang akan membantuku untuk berdiri.

Bergetar rasanya lutut ini untukku berdiri. Takut aku akan terjatuh lagi dan terus bergelut dengan luka yang tak henti-henti berdarah. Bagai berjalan dihujung pisau belati, tersilap sedikit, hancurlah badanku dibinasa.

Ya Allah, telah ku redhakan dirinya sebagai isteriku, maka Engkau redhakanlah dirinya. Limpahilah dirinya dengan rahmat, Berikanlah dia kebahagiaan yang sejati, kau berikanlah syurga Firdaus yang mengalir disungainya adalah susu segar. Kau berikanlah padanya sebuah istana yang besar untuk didiaminya. Dan kurniakanlah padanya rezekimu, padamkanlah tulisan dan cerita untuk dia berduka di kitab hidupnya yang wujud di Luh Mahfuz. Akan tetapi, engkau abaikanlah doaku ini, sekiranya dia masih enggan berubah menjadi lebih baik.


-Muammar.
Terima kasih :)