Saturday 1 October 2011

Last one

Sayang, hatimu mati kerana aku.. Hidupmu merana kerana aku.. Sakit hatimu kerana aku.. Jiwamu entah kemana kerana aku..Patah hatimu kerana aku.. Segala kesakitan yang kau rasa, berpunca dari aku..

Aku rindu.. Rindu pada dirimu, cintamu, kasih sayangmu, kata-katamu, layanan manja darimu.. Rindu sebagai tempat untukku bermanja yang dahulunya istimewa bagimu.. Tapi sayang, semuanya dah terlambat.. Andai aku dapat undurkan masa, takkan aku sakiti hatimu walau sedikit.. Akan aku jaga hatimu seperti nyawa aku sendiri.. Malang, semua itu hanya angan-angan dan mimpi..

Memang sakit, kerana aku percaya pada orang lain sebelum mu.. Aku ingin percaya, tapi tak boleh.. Aku ada 2 pilihan, sama ada mahu pura-pura percaya ataupun tidak percaya.. Aku pilih yang kedua kerana aku bukan hipokrit.. Kita berjauhan, jadi aku tak tahu sama ada betul apa yang dikatakan.. Alku percaya pada cintamu.. You've should known that.. Dan lagi sekali, sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.. Hanya yang tinggal, sisa-sisa cinta di hatimu, kepercayaan yang sudah rosak..

Aku cuma insan biasa.. Insan biasa yang normal, tiada yang istimewa.. Insan biasa yang tahu dirinya akan hilang pendengaran tak lama lagi.. Insan biasa yang tahu, bahawa hubungannya tidak dapat diselamatkan lagi.. Insan biasa yang terlalu sedih sehinggakan tidak dapat menitiskan air matanya..

Kini jiwa aku hilang.. Aku kehilangan tempat bergantung, tempat mengadu, tempat bermanja, tempat aku mencurahkan kasih dan sayang aku.. Semuanya hilang dalam sekelip mata..

Tak pernah aku sangka akan jadi begini.. Aku sangka kita akan bahagia hingga ke jinjang pelamin, hingga ada anak, menantu, cucu.. Hingga ke hembusan nafas yang terakhir..

Aku tak nak lihat dirimu sakit, tak nak lihat dirimu menderita lagi.. Sebab itu aku rela mengundur diri.. There's nothing we can do.. Terima kasih aku ucapkan kerana mengajar aku apa erti cinta, mimpi, kehidupan..

Ketahuilah.. Panas terik dan hujan, sanggup ku redah hanya kerana untukmu.. Aku terima segala maki hamun.. Makan dan minum diabaikan.. Semua hanya untukmu.. Maaf sayang, semuanya dah terlambat.. Semoga Allah S.W.T tunjukkan jodoh yang lebih baik kepadamu.. Assalamualaikum...

~Nadia.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment