Thursday 6 October 2011

Poligami

Ye, poligami. Sesuatu topik yang paling sensitif bagi kaum hawa. Setiap perempuan pasti akan menghindarkan diri dari bercakap tentang poligami. Walaupun cuma 1 minit bercakap tentangnya, ia boleh membuatkan seharian hidup perempuan tersebut murung dan sedih.

Tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih, namun atas dasarnya perlu(mandul), mereka terpaksa mengizinkan suami untuk mengahwini seorang lagi perempuan.

Dan ketahuilah, poligami sebenarnya manis, sebab itu ia dipanggil 'madu'. Tapi punca madu tersebut tak dapat dirasa, sebab si lelaki kahwin lagi dengan atas dasar nafsu. Bukan kerana Allah, dan tak menepati syarat yang Nabi kita terangkan.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Membatasi isteri. Atau secara mudahnya, isteri yang boleh dikahwini lelaki cuma 4(maximum). Tak boleh lebih.

2. Diharamkan mengahwini perempuan yang ada tali ikatan dengan isteri. ( Misalnya adik atau kakak isteri ).

3. Bahagi kasih seadil adilnya. Berlaku adil terhadap dirinya sendiri, dan juga pada isteri-isterinya. Tiada rasa berat sebelah. Kalau rasa tak mampu, janganlah berani berpoligami.

4. Tidak menimbulkan huru hara rumahtangga diantara isteri dan anak-anak. Bergaduh, tarik rambut dan sebagainya. Masing-masing kene tolak ansur.

5. Berkuasa menanggung nafkah(kemampuan). Sama ada nafkah zahir mahupun batin.

Antara sebab-sebab perempuan yang boleh dikahwini ialah

1. Janda yang kematian suami, tetapi mempunyai anak yang ramai.

2. Perempuan yang tiada tempat bergantung dan tempat tinggal.

Dan sebagainya lagi yang mengharuskan lelaki mengahwininya. Yang penting, bukan atas dasar nafsu. Tapi kebanyakkan lelaki, suka cari yang muda(atas dorongan nafsu). Sesungguhnya perbezaan antara keinginan dan keperluan adalah sangat ketara.

Nabi kita pun berpoligami, tapi ia mampu melaksanakan tugasnya sebagai suami walaupun tidak kaya. Beliau membuat jadual yang adil, dan sentiasa meminta izin kepada isteri-isterinya untuk menemani isteri yang sudah tiba 'turn'nya.

Dan poligami juga tak boleh dilakukan secara paksa, walaupun izin isteri untuk mengahwini lagi bukan syarat berpoligami, tapi ianya diperlukan. Kadang-kadang, isteri dah cukup sempurna pun masih nak cari lain. Manusia tak kan pernah bersyukur melainkan ia sudah kehilangannya.

"Jika seseorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Tanggungjawab berpoligami ini berat, ia tak semudah bibir yang mengungkapkan. Istilah 'baling pinggan' pasti akan selalu ada dalam rumahtangga.

Sekiranya isteri mandul, poligami harus menjadi jalan yang terakhir. Masih ada cara lain, contohnya ambil anak angkat. Walaupun tak sama seperti anak yang dikandung, tapi ia juga adalah rezeki dan amanah dari Tuhan. Harus dijaga sebaik mungkin, dan dipulangkan semula apabila 'diminta'Nya.

Bagi aku, poligami bukanlah sesuatu yang aku ingini. Ia sukar, bermasalah, dan juga aku tak berkemampuan. Langkah pertama pun dah susah, apatah lagi dah berpoligami nanti.

( Note : Langkah pertama yang dimaksudkan adalah melawan diri supaya tak berpoligami atas dasar nafsu, sesungguhnya perang yang paling susah adalah perang dengan nafsu sendiri. )

~Muammar.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment