Thursday 21 July 2011

Di dalam hati.

Cemburu..

Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah lelaki perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.

Lelaki juga apa kurangnya, walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah?

Aku juga kadang-kadang cemburu, dan pernah juga cemburu tanpa sebab. Mungkin terlebih sayang?
Rasanya tiada cara untuk kurangkan cemburu, kalau adapun cuma batasan pergaulan. Si lelaki tak boleh bergaul dengan perempuan lain dan si perempuan tak boleh bergaul dengan lelaki lain. Agak susah untuk dilakukan, namun. Apa lagi yang terbaik selain pasangan ?
Puasa bergaul tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan rasa cemburu di hati.

Memiliki dan dimiliki seseorang itu amatlah cantik, dan lebih cantik kalau miliki dengan perkahwinan. Walaupun masih kecil, tapi angan-angan untuk menikah tak salah kan ? :P

Cemburu buta sering dikaitkan dengan perempuan, namun apa kurangnya lelaki. Aku masih belum pernah cemburu buta buat masa sekarang. Siapa tahu dimasa depan? Dan aku juga belum menemukan cara untuk hilangkan rasa cemburu.

Kali terakhir aku cemburu, ialah hari ini. Dan aku tak tahu sebabnya. Namun, merindui si dia membuatku lupakan rasa cemburu tu dengan cepat. Walaupun lupa cuma sementara, tapi ia berkesan.

Seringkali aku cemburu, tapi masih mampu berdiam diri. Dan selalu juga ia terjadi. First love la katakan.
Tanpa cemburu, takkan lengkap satu hubungan. Biasa lah benda-benda macam tu.

Cemburu juga boleh menaikkan risiko pergaduhan. Dan mungkin lebih bahaya sampai putus hubungan. Biasanya dalam situasi ni mesti ada orang ketiga yang sengaja menyebabkan pergaduhan terjadi.

Aku bahagia bertemu dengan si dia. Ilmunya, akhlaknya sangat aku kagumi. Namun setiap orang punyai kelemahan.Tapi boleh diperbaiki satu per satu. Lambat atau cepat biarlah Allah tentukan. Tapi, di saat aku terlalu menyayanginya. Allah menguji keimanan ku dengan dugaan cemburu dan perpisahan yang sementara. Moga-moga aku boleh faham apa hikmahnya disebalik dugaan ini.

Aku agak seorang yang kurang bersosial, dan itu mungkin mengurangkan cemburu si dia, tapi bagaimana dengan aku ? Soalan demi soalan timbul dalam kepala dan tak mampu dijawab.

Walaupun dihati hati ini sedih dan cemburu, tetapi aku cuba lupakan demi cintaku padanya.

~Muammar
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment