Friday 29 July 2011

Ramadhan Yang Bermakna

Sememangnya bulan inilah yang bermakna di dalam hidup aku. Aku dihadiahkan Nadia oleh Allah yang Maha Esa, dan pada masa yang sama aku telah menjumpai diri aku yang sudah 14 tahun aku cari.

Perbanyakkanlah amalan dan kurangkan lah dosa dan maksiat. Kalau tak nak buat setiap bulan pun, buat la untuk bulan ni. Jangan dicemari bulan yang mulia lagi suci dengan benda yang tak berfaedah. Ramadhan datang menziarahi cuma setahun sekali. Muliakanlah 'tetamu' umat islam ini sebaik yang boleh. Siapa tahu ini kali terakhir Ramadhan ziarah?

Teringat Ramadhan, teringat jugak kenangan kecik-kecik dulu. Bapak ajak pegi terawih, tapi aku beli mercun men kat luar masjid. Pengaruh kawan la sebabnya. Sampaikan cakap ayah pun dah tak nak dengar. Maaf ye abah. :P

Tahun lepas dapat puasa penuh, jadi aku nak usaha supaya dapat puasa penuh jugak tahun ni. InsyaAllah kalau tak ade masalah apa-apa contohnya penyakit. Sebab nak buat puasa penuh setiap ramadhan berturut-turut sampai akhir hayat. Tu pun kalau badan masih kuat bila dah tua nanti

Tak lama lagi keluar la promosi sales kat tv. Ada jugak orang yang boleh buat duit walaupun dibulan puasa. Penjual makanan dah tak leh jual pagi-pagi, tapi petang mesti laku sampai habis. Mak bapak dah tak keruan fikir duit nak beli barang-barang nanti. Tambah-tambah lagi kalau si suami ada isteri yang tak penah nak cukup. Tahun lepas tukar perabot, meja, kerusi, dan segalanya. Tahun ni nak tukar lagi. Beribu duit nak keluar.

Biasanye orang ingat puasa bila bulan Ramadhan datang je, kat bulan-bulan lain tak ingat puasa pun. Apatah lagi nak puasa sunnah. Kalau Ramadhan tu orang, mesti dia sedih sebab bila dia pergi, orang dah tak ingat kat dia.

Kecik-kecik dulu selalu abah ajar puasa dengan ugutan. "Kalau tak puasa, jangan harap nak dapat duit raya". Setiap anak mesti penah alami benda macam ni. Walaupun masa tu masih tak faham apa maksud keikhlasan. Tapi tetap puasa jugak sebab nak sangat duit raya. Sekarang kalau tak nak kasi ape-ape pun tak kisah. Kalau nak kasi pun aku x nak dah.

Mungkin ada jugak pakcik-pakcik yang kedekut. Bila hari raya je tutup pintu, tingkap, langsir ngan pagar rumah. Siap letak notis depan pagar " Kami balik kampung seminggu ". Padahal dok dalam rumah je tengok tv sambil makan kuih.

Bercakap pasal tv, bila dekat-dekat raya je mesti sesak dengan filem, drama dan lagu raya. Sampaikan tak tau nak tengok mana satu dulu. Boleh dikatakan setiap siaran tv cuma tentang hari raya. Dari pagi mula dengan takbir raya, tengah hari ada lagu raya. Petang ada filem, malam ada drama.

Tentang kuih raya, ada jugak yang dah jemu nak makan. Tapi tak kisah, kuih yang sama pun lebih baik dari kuih-kuih yang baru sekarang ni. Di mana-mana tempat yang dipanggil 'gerai' atau 'kedai' mesti ada jual kuih raya. Sedap atau tak orang tetap beli sebab dah malas buat sendiri. Masa tadika sampai sekolah rendah dulu ada la tolong mak buat kuih raya. Kadang tu terpelanting jugak senduk-senduk sampai terabur tepung. Part paling best mase putar mentega guna machine dengan masa rase kuih(waktu malam). Tapi sekarang mak dah tak kuat macam dulu nak buat kuih. Kene beli je la kat kedai yang berlambak-lambak tu.

Masjid yang selalunya cuma dipenuhi waktu solat Jumaat, bila Ramadhan boleh penuh hari-hari. Kalau masjid ada perasaan, mesti dia happy ramai orang solat kat dalam dia. Tapi tak tahu la berapa ramai yang ikhlas solat tu. Masa kecik-kecik dulu, pegi masjid pun sebab nak nasik je. Solat satu pun malas buat. Dah penat main mercun, perut pun lapar. Tak de keje selain nasik nasik nasik. Makan lah kuat mne pun, badan tak besar-besar. Apa puncanye pun tak tau. Tapi tak pe la. Allah dah kasi, tak perlu susah-susah jaga badan. Tambah-tambah lagi nak diet, leceh betul.

Promosi diskaun Ramadhan, Penghapus dosa sebesar-besarnya. Tingkatkan ibadah wajib dan sunnah setinggi yang mampu. Lebih banyak anda buat ibadah, lebih untung pahala anda dapat. Apa tunggu lagi ? Silalah buat sekarang. Hanya di bulan Ramadhan sahaja ! Jangan terlepas !.

~Muammar.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment