Sunday 10 July 2011

Kisah kami.. :)

Di sekitar tahun 2009, pertemuan yang tak disangka-sangka terjadi di forum Jin Online. Iaitu sebuah game bergenre RPG(Role Playing Game). Kami ditemukan dengan pergaduhan tentang masalah remeh. Lebih kurang seminggu bergaduh di ym, perasaan sudah wujud di dalam hati kami berdua, tetapi masing-masing menyimpan perasaan sendiri. Tidak perlu diceritakan bagaimana terjadinya hubungan kami. :)

Hampir 4 bulan couple, mungkin jodoh ingin berhenti dan kami harus berpisah atas sebab tertentu.

Dan di bulan September 2010, kami berjumpa kembali dan couple pada 8.9.10. Iaitu 2 hari sebelum ulangtahun si dia. Namun hubungan itu cuma berlansung untuk 2 bulan saja, kerna dihalang oleh orang tua. Mungkin dengan kehendak Allah, jodoh kembali bersambung. Masih lagi bahagia sehingga sekarang. Harap2 hubungan kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

~Nadia.

Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment