Friday 22 July 2011

Sebelum engkau halal bagiku.

Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku.

Di belahan bumi manapun kamu berada, bagiku kau bunga. Tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu.

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatimu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan keinginan diri, mesti hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Hanya untuk mendapatkan dirimu yang sangat suci.

Kerana kau hanya manusia dan hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada lelaki suci dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu. Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki didunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih. Seperti kisah seorang wanita suci dimasa lalu yang meminta ke-islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Namun, sebelum ia berakhir. Aku bermohon, aku lah 'lelaki' pilihan-Nya itu untuk dijadikan suamimu.

~Muammar
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment