Sunday 21 August 2011

Keinginanku

Nafsu, atau bahasa lazimnya ialah keinginan. Setiap manusia mempunyai nafsu yang sama, cuma bezanya sama ada nafsu tunduk pada diri, atau diri tunduk pada nafsu.

Alang-alang bulan Ramadhan, ingin sebentar aku hentikan nafsu yang dah bertahun-tahun aku ikut. Kalau boleh biarlah untuk 1 bulan ni nafsu ikut aku.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita, tapi aku nak cerita tentang nafsu pada orang lain. Aku pun tak tau kenapa sifat aku pelik-pelik belaka. Aku terlalu bernafsu bila tengok perempuan solehah. Erm, yang dimaksudkan dengan 'bernafsu' tu ialah keinginan untuk memiliki, jangan fikir bukan-bukan. Tapi zaman sekarang memang susah nak dapat dah. Kalau ade pun yang dah dapat hidayah lepas buat kesalahan, kalau nak yang solehah sejak azali memang tak jumpa dah.

Tapi aku beruntung lah, dan aku tahu semua orang tahu kenapa aku 'beruntung' tu. :) Pantang tengok dia mesti rasa nak kahwin cepat-cepat. Susah betul nak melawan nafsu sendiri, kadang-kadang rasa macam nak kalah dah.

Berkemungkinan dalam tahun 2070 dah tak de kot perempuan yang solehah. Maklum la, remaja sekarang pun dah macam rosak, dah jadi mak bapak nanti tah ape diorang nk ajar kat anak-anak. Ajar benda yang sama cm diorang jgk la kot ..

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, laci disimpan dalam almari kemudian almari itu dikunci. Almari tu disimpan dalam bilik, kemudian bilik pun dikunci. Bilik tersebut ada dalam rumah, kemudian rumah pun dikunci. Dan dirumah itu ada pagar, pagar juga dikunci. Kemudian diteruskan kunci, kunci dan kunci

Pemilik kunci tersebut adalah suaminya yang sah sahaja.

~Muammar.

Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment