Sunday, 14 August 2011

Mengubah Seseorang

Bunyi macam senang, tapi susahnya tak terkira untuk mengubah seseorang. Bukan mengubah dia menjadi orang lain, tapi mengubah untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Tapi segalanya tidak mustahil dengan 'sayang'.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan berkat ilmu yang aku ada, aku berjaya mengubah Nadia menjadi solehah seperti yang aku inginkan walaupun perubahan tu belum lagi sepenuhnya. Aku mengubah Nadia bukanlah untuk diri aku, tapi supaya dia terselamat dari siksaan neraka yang azabnya memedihkan. Api didunia pun tak mampu ditahan, apatah lagi api hitam gelap pekat dineraka.

Walaupun aku tak pasti samaada aku dan Nadia boleh masuk syurga bersama-sama, sekurang-kurangnya aku pernah berjalan menuju syurga dengan seorang 'malaikat'Nya. Harap-harap perjalanan ini dimudahkan, tanpa halangan dan beban yang berat. Biar susah didunia, senang diakhirat. Tanpa kerugian.

"Sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". Perhiasan menggambarkan sesuatu yang cantik, tetapi perhiasan dengan cara 'solehah' tak memerlukan kecantikan rupa, cukup dengan agama dan cara peliharaan diri. Walaupun ramai lelaki berpendapat perempuan itu cantik dari rupa, tubuh, trend pakaian dan ke-seksi-an-nya, tetapi aku menganggap semua itu dosa, bukan kecantikan.

Diterangkan oleh pakar matematik Islam, Al-Khawarizmi..

"Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’
."

Aku korban semua masa diwaktu aku muda sekarang, hanyalah untuk generasi depan(zuriat/anak-anakku). Supaya mereka berilmu seperti ayah, solehah seperti ibunya. Dan mungkin aku akan menggunakan 'sayang' sekali lagi sebagai senjata untuk mengubah anakku yang degil untuk menjadi seperti yang aku inginkan. Aku akan tua, dan bila cukup masa, ajalku akan datang. Tanggungjawab besar, harus aku serahkan pada anakku, menegakkan islam dan berjihad dijalan islam. Supaya mereka tak 'kalah' diakhirat kelak.

~Muammar.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment